S M A T !
ABOUT MISSION CONTACT home


#TAZKIRAH4 : Mari Berda'wah
Monday 12 January 2015 | 08:26 | 0 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

"Mari Berdakwah"



 ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ – النحل : 125
 “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


Dalam ayat ini Allah menyuruh kita untuk menegur dan menyampaikan kepada seseorang dengan hikmah. Persoalan utamanya sekarang, apakah dan bagaimanakah untuk berhikmah? Adakah dengan cara lembut atau cara kasar?

Saya berikan perumpamaan jika seseorang hendak minum. Objektif dan misi orang tersebut adalah untuk memasukkan air kedalam perut. Persoalannya adakah beliau perlu menggunakan cawan? atau botol? Atau baldi? Dan sebagainya.

Begitu juga jika kita hendak menegur atau menyampaikan kepada seseorang. Terdapat banyak cara dan kita perlu memilih cara yang paling berkesan selagi mengikut syara'. Sekiranya jika kita kasar memberi kesan, maka itulah hikmah. Sekiranya berlembut memberi kesan, itulah hikmah.

Tiga ciri hikmah menurut pandangan peribadi saya:-

1 (hati)
Hati penegur atau penyampai mestilah bersih dari niat buruk lain. Seperti kita menyampaikan sesuatu adalah untuk dipuji atau merendahkan seseorang. Seorang ustaz pernah berkata "sekiranya penyampaian aku tidak masuk ke hati engkau. Sama ada hati engkau yang kotor atau hati aku yang Kotor"

2 (lisan)
Cara penyampaian kita mungkin tidak sesuai dengan orang yang kita sampaikan.
Imam Syafi'i rahimahullah dalam syairnya (204 H),:- "Hendaklah engkau sengaja mendatangiku untuk memberi nasehat ketika aku sendirian Hindarilah memberikan nasehat kepadaku di tengah khalayak ramai Karena sesungguhnya memberi nasehat di hadapan banyak orang Sama saja dengan memburuk-burukkan, saya tidak suka mendengarnya. Jika engkau menyalahi saya dan tidak mengikuti ucapanku.

3 (tangan)
Tangan yang dimaksudkan adalah tindakan kita semasa menyampai atau menegur seseorang mestilah menjaga asas maqasid syariah ia itu:-
1. Menjaga agama.
2. Menjaga nyawa.
3. Menjaga akal fikiran.
4. Menjaga keturunan.
5. Menjaga harta benda

Bila dan bagai mana nak Amar ma'ruf nahi munkar?

“Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya; jika tidak mampu maka dengan lisannya; dan jika tidak mampu juga dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”
-hadith 40-

Dalam hadith ini menyatakan jika kamu " melihat" (roa) kemungkaran maka hendaklah cegah. Rasul saw tidak menyatakan jika kamu dengar atau syak sesuatu munkar. Tetapi jika sudah lihat, bermaksud sudah jelas sesuatu mungkar itu dilakukan seseorang maka cegah dengan tangan.

Perkataan cegah itu adalah arahan menggunakan apa cara sekalipun selagi mengikut syariah untuk mengubah munkar tersebut.

Dan kewajipan kita adalah berperingkat, jika betul-betul tidak mampu menggunakan tangan, barulah menggunakan lidah, akhir sekali barulah menggunakan hati. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Jika menggunakan hati adalah iman yang paling lemah. Jika hati kita seronok melihat mungkar adakah ada iman dalam diri kita?

Sama-samalah kita cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan agama ini dengan cara yang paling baik dan hikmah yang mampu kita lakukan. Jangan jadikan alasan tidak mahu menyampaikan kerana risau tidak berhikmah sedangkan kita tidak pernah mencuba. Allah melihat hati dan niat kita.

Jika ada salah silap dalam article ini bolehlah pm kami sahabat masjid di laman rasmi kami. Bak kata khalifah umar, "orang yang menegur aku adalah sahabat dan yang membiarkan maksiat yang aku buat adalah musuh ku"

Wallahua'lam..

Wassalam.

-sirna liban-