S M A T !
ABOUT MISSION CONTACT home


#TAZKIRAH2 : Nahnu Ghuraba'
Monday 12 January 2015 | 07:52 | 0 comments

"Nahnu Ghuraba'"

Dunia kini berada di posisi kritikal. Mendekati zaman jahiliah seperti zaman Rasulallah saw. Pembunuhan berleluasa, penzinaan dan kesesatan.

Dalam ramainya yang jahil, beruntunglah mereka yang mengasingkan diri dari jalan dan cara hidup kebanyakan orang.

Pernah Saidina Umar berdoa " wahai Allah, jadikan aku dikalangan yang sedikit"

Pada ketika saidina umar berdoa islam adalah pada zaman keagungannya. Tetapi mungkin umar melihat pada pandangan yang jauh.

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: 
Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).” 
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)

Ketika sebelum pembukaan Makkah, ummat islam dilihat begitu pelik dan janggal. Rasulallah membawa budaya yang begitu baru iaitu dua kalimah syahadah, memuliakan wanita dan orang miskin yang dianggap hina ketika itu.

Namun demikian mereka diseksa bertalu-talu kerana perkara demikian. Adakah kerana perkara yang dibawa rasulallah adalah sesuatu yang jahat?. Sebenarnya kerana perkara yang dibawa adalah sesuatu yang sangat memecahkan tradisi semasa. Juga kerana visi dan misi yang dibawa akan mungubah dunia dari atas ke bawah.

Pembesar musyrikin pernah menyatakan bahawa dua kalimah syahadah adalah lafaz perang bagi rom dan parsi. Pada masa kini mungkin boleh dilihat hebatnya zaman rom dan parsi lebih kurang zaman Russia Dan USA sekarang, yang memiliki senjata dan ilmu takbir yang hebat. Pada masa ketika Islam bermula di perkampungan dan ditengah gurun padang pasir.

Maka berlalu zaman selepas kewafatan baginda, jatuhnya rom dan parsi. Bermulanya era khilafah yang agung. Islam dilihat ketika itu adalah ajaran yang amat hebat sehingga budaya dan trade ketika itu adalah Islam.

Kemudian berlalunya era kegemilamgan beratus tahun pemerintahan islam. Khuzwatul fikr menyusup kedalam pemerintahan khalifah pada zaman mustafa kamal. Diringkaskan, era Islam ditamatkan oleh serangan kuffar. Sehingga kini Islam mula jatuh sedikit demi sedikit.

Boleh jadi sekarang adalah yang di bayangkan oleh rasulallah dan para sahabat bahawa Islam akan kembali dagang. Psycologi manusia mula menjadi seperti zaman jahiliah, seperti pemakaian yang menutup tubuh di anggap pelik, malah bugil adalah kebiasaan.

Sahabat sekalian, semoga kita mampu thabat dengan agama ini, jika manusia merasa asing dengan kebenaran yang kita bawa, set kan dalam minda bahawa Allah sentiasa bersama kita.

"Beramalah seperti kita melihat Allah, jika tidak mampu percayalah bahawa Allah melihat kita" awkama kal
- hadith 40-

Semoga kita tergolong dari kalangan yang sedikit!

--Sirna Liban-