S M A T !
ABOUT MISSION CONTACT home


#TAZKIRAH 5 : LIMA JENIS MANUSIA :)
Saturday 21 March 2015 | 23:38 | 0 comments

Tazkirah SMAT (sahabat masjid)

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

LIMA JENIS MANUSIA :)

1⃣      manusia wajib
jenis ini sekiranya ia hilang ramai akan sedih dan merasa kehilangan. Jika ada ramai yang akan gembira dan merasa kehadiran dirinya.
Orang seperti ini biasanya membuat sesuatu perubahan dan sumbangan yang besar, sama ada hidup atau mati sumbangannya bermanfaat kepada semua.
2⃣      manusia sunnat
Manusia jenis ini merupakan orang yang baik-baik. Mengikut sistem Islam dan bekerja demi Islam tetapi tidak membuat perubahan.
Jika ia ada masyarakat merasa gembira, jika tiada masyarakat akan sedih.
3⃣      manusia harus
Manusia jenis ini kehadiranya tidak memberi kesan baik atau buruk kepada masyarakat. Jika ia membuat kebaikan ia tidak mengajak orang lain. "Kiranya Baik sorang-sorang lah".
Jika ia ada masyarakat tidak hirau dan kisah, begitu juga jika ia tiada.
4⃣      manusia makruh
Manusia jenis ini jika ia ada masyarakat akan merasa " annoying " atau merasa tidak selesa dengan kehadirannya.
Jika ia ada masyarakat akan rasa tidak selesa, tetapi jika ia tidak ada masyarakat selesa.
5⃣      manusia haram
Jika ia ada masyarakat akan memusuhinya dan membencinya. Jika ia tiada masya rakat bersyukur dengan ketidak adaanya.
Orang seperti ini biasanya merosakkan sesuatu kebiasaan yang baik untuk masyarakat. Juga memulakan sesuatu suasana atau adat yang tidak baik sama ada semasa ia hidup atau mati.
.......😄 .....😃...😐......😟.....😤
Anda manusia yang mana?

Wassalam.

-sirna liban-

Support us !

.. Sahabat Masjid At Taqwa ..

Fb : Sahabat Masjid At Taqwa
Facebook.com/SahabatMasjidAtTaqwa
IG: Smattaqwa
#KARYA5 : INI peranan Ku..
| 23:30 | 0 comments


Sinonimnya manusia pelayar
Aku dan engkau begitu
Bersama pantang mundur
Satu tujuan kita maju
Satu ketika ombak bergelora
Sedang Nakhoda lena
Kapal meronta dipukul pirana
Aku sendirian terpaku histeria
Apakah peranan aku?

Dinding kapal mula bocor
Air mula menerjah koridor
Nahoda masih lena tidur
Seorang demi seorang terdampar
Apakah peranan aku?

Semakin buntu kepala ku
Masih tercengang di pintu
Mengharap seseorang membantu
Pasrah bermati kutu
Apakah peranan aku?

Tersentap sebentar dari lamunan
Membiarkan laut menelan teman
Membisu tidak akan aman
Perlukah menyeru super man
Atau ini aku punya peranan?

Aku mulai sadar
Menunding jari tiada guna
Harapan semakin mekar
Tidak perlu menjadi sempurna
Akulah yang perlu berkejar
Menyelamat mereka semua.

-sirna liban-
#TAZKIRAH4 : Mari Berda'wah
Monday 12 January 2015 | 08:26 | 0 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

"Mari Berdakwah"



 ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ – النحل : 125
 “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


Dalam ayat ini Allah menyuruh kita untuk menegur dan menyampaikan kepada seseorang dengan hikmah. Persoalan utamanya sekarang, apakah dan bagaimanakah untuk berhikmah? Adakah dengan cara lembut atau cara kasar?

Saya berikan perumpamaan jika seseorang hendak minum. Objektif dan misi orang tersebut adalah untuk memasukkan air kedalam perut. Persoalannya adakah beliau perlu menggunakan cawan? atau botol? Atau baldi? Dan sebagainya.

Begitu juga jika kita hendak menegur atau menyampaikan kepada seseorang. Terdapat banyak cara dan kita perlu memilih cara yang paling berkesan selagi mengikut syara'. Sekiranya jika kita kasar memberi kesan, maka itulah hikmah. Sekiranya berlembut memberi kesan, itulah hikmah.

Tiga ciri hikmah menurut pandangan peribadi saya:-

1 (hati)
Hati penegur atau penyampai mestilah bersih dari niat buruk lain. Seperti kita menyampaikan sesuatu adalah untuk dipuji atau merendahkan seseorang. Seorang ustaz pernah berkata "sekiranya penyampaian aku tidak masuk ke hati engkau. Sama ada hati engkau yang kotor atau hati aku yang Kotor"

2 (lisan)
Cara penyampaian kita mungkin tidak sesuai dengan orang yang kita sampaikan.
Imam Syafi'i rahimahullah dalam syairnya (204 H),:- "Hendaklah engkau sengaja mendatangiku untuk memberi nasehat ketika aku sendirian Hindarilah memberikan nasehat kepadaku di tengah khalayak ramai Karena sesungguhnya memberi nasehat di hadapan banyak orang Sama saja dengan memburuk-burukkan, saya tidak suka mendengarnya. Jika engkau menyalahi saya dan tidak mengikuti ucapanku.

3 (tangan)
Tangan yang dimaksudkan adalah tindakan kita semasa menyampai atau menegur seseorang mestilah menjaga asas maqasid syariah ia itu:-
1. Menjaga agama.
2. Menjaga nyawa.
3. Menjaga akal fikiran.
4. Menjaga keturunan.
5. Menjaga harta benda

Bila dan bagai mana nak Amar ma'ruf nahi munkar?

“Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya; jika tidak mampu maka dengan lisannya; dan jika tidak mampu juga dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”
-hadith 40-

Dalam hadith ini menyatakan jika kamu " melihat" (roa) kemungkaran maka hendaklah cegah. Rasul saw tidak menyatakan jika kamu dengar atau syak sesuatu munkar. Tetapi jika sudah lihat, bermaksud sudah jelas sesuatu mungkar itu dilakukan seseorang maka cegah dengan tangan.

Perkataan cegah itu adalah arahan menggunakan apa cara sekalipun selagi mengikut syariah untuk mengubah munkar tersebut.

Dan kewajipan kita adalah berperingkat, jika betul-betul tidak mampu menggunakan tangan, barulah menggunakan lidah, akhir sekali barulah menggunakan hati. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Jika menggunakan hati adalah iman yang paling lemah. Jika hati kita seronok melihat mungkar adakah ada iman dalam diri kita?

Sama-samalah kita cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan agama ini dengan cara yang paling baik dan hikmah yang mampu kita lakukan. Jangan jadikan alasan tidak mahu menyampaikan kerana risau tidak berhikmah sedangkan kita tidak pernah mencuba. Allah melihat hati dan niat kita.

Jika ada salah silap dalam article ini bolehlah pm kami sahabat masjid di laman rasmi kami. Bak kata khalifah umar, "orang yang menegur aku adalah sahabat dan yang membiarkan maksiat yang aku buat adalah musuh ku"

Wallahua'lam..

Wassalam.

-sirna liban-
#TAZKIRAH3 : Khuzwatul Fikr Dakwah KPOP
| 08:06 | 0 comments

"Khuzwatul Fikr Dakwah KPOP"

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma solli'ala Muhammad..

Sehubungan kisah kpop baru-baru ini memberi pukulan yang semakin jelas hilangnya satu persatu Islam dan iman dalam diri. Ramai yang merasakan ini adalah baru, walhal perancangan iblis ini terlah dirangka sejak zaman keagungan islam lagi.

Sabda rasul,

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”


Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Sesuatu yang tidak boleh terima akal Iman yang dilakukan oleh kuffar. Kita lihat ummat Islam kini mula terhegeh-hegeh hendak mengikuti perbuatan mereka. Betul apa yang dijangka baginda rasul saw bahawa kita akan ikut perbuatan kuffar sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, sesuatu yang susah difahami dengan neraca Iman tentang perbuatan mereka, ummat Islam mengikutinya.

Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan 3 kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya.
1) Umat Islam tidak pernah belajar dari sejarah lampau.
2) Umat Islam tidak merancang dengan teliti.
3) Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca.

Tokoh yahudi ini juga terlibat dalam operasi menjatuhkan sistem khalifah seratus tahun lepas yang kita bangga-banggakan. Namun saya amat sedih apa bila ramai dikalangan ummat yang tidak tahu menahu tentang sejarah agama kita sendiri.

Rasulallah SAW pernah menyatakan bahawa "aku tinggalkan kepada kalian dua perkara. Jika kalian mengikutinya maka kalian tidak akan sesat selama berpegang kepadanya, iaitu al-quran dan sunnah"
Sebagai meringkaskan, sama-sama kita merenung sejenak dan tadabbur ayat Quran dibawah. 

Berikut hannya ringkasan tadabbur yang saya fahami:-

-Iblis sudah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan manusia dari pelbagai arah..
7:17
-Manusia yg suka angan-angan kosong adalah dari hasutan syaitan..
4:119
-Orang kafir x akan pernah putus asa menghancurkan Islam..
41:26
-Syaitan itu ada 2 jenis iaitu dari kalangan jin dan manusia..
6:112

Yang baik datang dari Allah yang lemah dari saya. Allahumma soliala Muhammad!!..

-Sirna Liban-



#TAZKIRAH2 : Nahnu Ghuraba'
| 07:52 | 0 comments

"Nahnu Ghuraba'"

Dunia kini berada di posisi kritikal. Mendekati zaman jahiliah seperti zaman Rasulallah saw. Pembunuhan berleluasa, penzinaan dan kesesatan.

Dalam ramainya yang jahil, beruntunglah mereka yang mengasingkan diri dari jalan dan cara hidup kebanyakan orang.

Pernah Saidina Umar berdoa " wahai Allah, jadikan aku dikalangan yang sedikit"

Pada ketika saidina umar berdoa islam adalah pada zaman keagungannya. Tetapi mungkin umar melihat pada pandangan yang jauh.

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: 
Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).” 
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)

Ketika sebelum pembukaan Makkah, ummat islam dilihat begitu pelik dan janggal. Rasulallah membawa budaya yang begitu baru iaitu dua kalimah syahadah, memuliakan wanita dan orang miskin yang dianggap hina ketika itu.

Namun demikian mereka diseksa bertalu-talu kerana perkara demikian. Adakah kerana perkara yang dibawa rasulallah adalah sesuatu yang jahat?. Sebenarnya kerana perkara yang dibawa adalah sesuatu yang sangat memecahkan tradisi semasa. Juga kerana visi dan misi yang dibawa akan mungubah dunia dari atas ke bawah.

Pembesar musyrikin pernah menyatakan bahawa dua kalimah syahadah adalah lafaz perang bagi rom dan parsi. Pada masa kini mungkin boleh dilihat hebatnya zaman rom dan parsi lebih kurang zaman Russia Dan USA sekarang, yang memiliki senjata dan ilmu takbir yang hebat. Pada masa ketika Islam bermula di perkampungan dan ditengah gurun padang pasir.

Maka berlalu zaman selepas kewafatan baginda, jatuhnya rom dan parsi. Bermulanya era khilafah yang agung. Islam dilihat ketika itu adalah ajaran yang amat hebat sehingga budaya dan trade ketika itu adalah Islam.

Kemudian berlalunya era kegemilamgan beratus tahun pemerintahan islam. Khuzwatul fikr menyusup kedalam pemerintahan khalifah pada zaman mustafa kamal. Diringkaskan, era Islam ditamatkan oleh serangan kuffar. Sehingga kini Islam mula jatuh sedikit demi sedikit.

Boleh jadi sekarang adalah yang di bayangkan oleh rasulallah dan para sahabat bahawa Islam akan kembali dagang. Psycologi manusia mula menjadi seperti zaman jahiliah, seperti pemakaian yang menutup tubuh di anggap pelik, malah bugil adalah kebiasaan.

Sahabat sekalian, semoga kita mampu thabat dengan agama ini, jika manusia merasa asing dengan kebenaran yang kita bawa, set kan dalam minda bahawa Allah sentiasa bersama kita.

"Beramalah seperti kita melihat Allah, jika tidak mampu percayalah bahawa Allah melihat kita" awkama kal
- hadith 40-

Semoga kita tergolong dari kalangan yang sedikit!

--Sirna Liban-







#TAZKIRAH1 : Menjaga Kalam Alam Maya
| 07:42 | 0 comments


"Menjaga Kalam Alam Maya."

Fatabayyanu..
Mata dan kefahaman kita terbatas
Terlalu luas utk merungkai ilmu
Apatah lagi menafikan mazhab
Ikan lihat luasnya laut
Kijang lihat luasnya darat
Masing2 taajub dgn ciptaannya
Sedang yang maha esa
Melihat seluruh ciptaannya
Terapkan dalam sanubari
Maha luasnya
Ilmu sang pencipta.

Recently kita boleh saksikan terdapat banyak pertelingkahan pendapat sehingga menyentuh bab fiqh dan aqidah yang dibincangkan oleh orang yang tidak berautoriti. Sampai ke tahap mereka menggunakan dalil nakli ditafsir mengikut nafsu mereka.

Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)

Rasulallah SAW meminta kita menyampaikan segala ilmu islam yang kita ada kepada masyarakat, dan mengancam supaya orang yang mereka- reka menyatakan ayat quran atau hadith bersedia untuk masuk ke neraka Allah.

Saya pernah berbahas dengan seorang jahil yg menyatakan rambut wanita bukan aurat.

Saya bertanya kpd nya. Apa hujah Kau? tafsir ayat tu pakai apa?

Hujjah aku mengikut logic. Aku tafsif ayat tu pakai akal kurniaan Allah lah.

What???...

Hukum dalam Islam adalah ciptaan Allah sepenuhnya.. Klu lah hukum tu mengikut logic dan kesian manusia pasti khuf akan di sapu di tapak kaki.

Jenis tafsir yang diajar dalam silibus spm:-

1. Tafsir Bil Ma’tsur

Ialah tafsir yang menggunakan Quran dan Hadith serta qaul Sahabat r.a dalam menafsirkan ayat al-Quran. Inilah sebaik-baik tafsir. Tafsir ini terbahagi kepada 4 bahagian:

i. Tafsir Quran dengan Quran.
ii. Tafsir Quran dengan Sunnah.
iii. Tafsir Sahabat r.a.
iv. Tafsir Tabi’in.

2. Tafsir Bil Ra’yi

Ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran dan pandangan ahli tafsir itu sendiri berdasarkan pemahaman mendalam mereka dalam ilmu agama dan bahasa arab. Kadang-kadang tafsir ini baik dan kadang-kadang menjadi buruk kerana salah pemahaman.

Jangan menyatakan sesuatu hukum mengikut logic sendiri tampa ilmu mengikut perasaan marah sedih dan sebagainya. Kerana islam mengikut Quran Dan hadith yang difahami dengan ilmu.
Bahkan ulama' juga menetapkan sesuatu hukum mengikut sumber Quran Dan hadith yg di fahamkan dengan ilmu.

"Barang siapa mengada-adakan sesuatu perkara tentang urusan agama kami maka ia adalah ditolak"
-hadith 40-

Jika ada seseorang mengajarkan sesuatu yang baru, jangan terus menerimanya juga jangan terus menyesatkannya kerana tiada manusia yang sempurna pengetahuannya. Bertanyalah kepada ulama' thiqah yang berautoriti.

Pernah Aisyah difitnah berzina, lalu para sahabat meminta nabi menafikannya untuk membersihkan namanya. Tetapi nabi kita SAW tidak berbuat demikian, bahkan mengambil jangka masa yang panjang menunggu turunnya firman sebagai bukti yang tidak boleh dinafikan sama sekali. mengikut logiknya adalah mustahil Aisyah berbuat begitu, tetapi atas dasar prinsip rasulallah SAW tidak terus menafikannya.

Prinsip ini dipertegaskan ALLAH SWT dalam al-Quran melalui Surah Al-Hujurat, ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.”

Moga kita sentiasa thabat di zaman fitnah disebarkan seperti angin melalui alam Maya yg tidak mampu dikawal pada masa ini.


Hasil Nukilan : Sirna Liban 
#KARYA4 : Langit Menangis
Tuesday 6 January 2015 | 22:16 | 0 comments


Langit Menangis

Zarah jernih mula mencurah
Dari lubuk langit kelam layar hitam ini
Ia menangis dengan derasnya
Sepertinya ia mengerti
Apa yang sedang qalbi rasakan

Detik ini
Saat ini
Waktu ini
Bumi menampung tangisku
Manusia lain alpa
Tak endahkan jasad ini merana
Kesedihan
Kepiluan
Dan segala macam rasa

Tangislah kau selebat-lebatnya wahai langitku.....

-iNeez Qaira